"bapa paling banyak dulu dekat mekah doakan kau dengan kakak kau sja.doa supaya kamu berjaya.doa semoga berjaya dunia akhirat. depan kaabah tu bapa banyak doakan kamu."
noktah.
ayat yang aku dengar ketika dalam perjalanan hendak ke tuisyen.seminggu sebelum aku kehilangan seorang yang tiada gantinya. earphone disumbat ketika itu. air mata menahan daripada tumpah dan jatuh ke pipi. fikiran berkecamuk. banyak yang difikirkan waktu tu. sedih dek kerana dikecewakan oleh lelaki yang dicintai,terharu kerana didoakan lelaki yang tidak pernah berhenti mencintai. ketika itu hanya mampu berdiam diri. tidak banyak yang dikatakan.tidak banyak yang dibicarakan. hanya lagu menjadi peneman dikala itu. bimbang jika satu perkataan diungkap,air mata gugur jua.
kesal.
kalaulah aku tahu yang ayat itu merupakan pesanan yang terakhir dan tidak ada pesanan yang lain sebelum ini,pasti aku akan menjawab dan meminta maaf. aku tidak akan membiarkan ayat itu tanpa jawab. pasti. pasti aku memohon ampun sepuluh jari meminta maaf. tapi,betul lah Allah itu Maha Mengetahui.
Sudah tertulis riwayat orang yang membesarkan aku selama 15 tahun hidup selama 59 tahun.Sudah tertulis yang dia akan pergi selepas balik dari umrah.Sudah tertulis dia akan pergi pada tahun ini.Sudah tertulis yang dia akan pergi selepas Asar pada 7 Rejab.Semuanya sudah tertulis.
Dan perkataan kesal itu,
Tiada gunanya.
Dan sekarang apa yang harus dibuat adalah teruskan maju ke hadapan.Kenangan itu harus disimpan.Kenangan,mmg tidak ada gantinya.Bapa,doamu selalu ada untukku.Aku tahu kau ada dimana-mana saja.Walaupun kau tidak ada untuk menemani aku mengambil keputusan,aku tahu kau selalu ada.Doa mu sentiasa ada.Kau yang tidak jemu mendoakanku saban hari disetiap solatmu.Kau yang tidak pernah jemu melayan anakmu yang selalu mengendahkan mu.Kau yang tidak pernah jemu mengambil tahu akan tingkah laku anakmu.Kau yang tidak pernah jemu melayan apa juga yang anakmu lakukan.
Semoga dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,
Wahai insan yang banyak berkorban,
Bapa.