aku ada sorang manusia--
yang selalu ada ketika senang dan susah,
yang keluar tanpa henti siang dan malam mencari nafkah,
demi aku,demi keluarga aku--
sorang manusia yang sanggup bersusah dan menunaikan segala hasrat aku,
dengan segala yang dia ada.
baginya--
"tidak apa,asal kamu bahagia"
ya.manusia itu adalah,
sorang hamba Allah yang membesarkan aku,
yang sering dipanggil oleh kamu dengan gelaran--
daddy.abah.bapa.papa.abi.
sorang bapa.
bapa aku bukan sorang yang senang,
siang malamnya hanya bekerja,
24 jam tanpa henti--
pabila ada waktu,pasti dia akan menghabiskan waktu dirumah.
bapa aku juga selalu ada--
ketika aku dimarah oleh ibunda tercinta,
dia ada dibelakangku untuk memberi bantuan.
haih,apa hendak ku kata,
dia ialah penyelamat.
sorang abah.
lelaki ini selalu memberi aku kata semangat,
tidak pernah lupa memberi aku kata sokongan,
dikala aku jatuh,dikala aku rasa sedih,
dia ada. disitu. tersenyum. bermaksud menyuruh aku bangkit.
sorang daddy.
lelaki ini juga selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.
untuk masa depan mereka. supaya tidak jadi seperti dia kelak.
apa lagi harus ku kata?
dia memang sempurna.
di mata juga dihati.
sorang papa.
lelaki ini telah pergi bersamaan 7 rejab,17 mei 2013 bersamaan hari jumaat--
ketika itu aku masih di sekolah. menunggu untuk mengambil peperiksaan.
dan ketika dia sudah tiada didunia--
dunia ku gelap. aku sudah kehilangan dia.
tidak ada apa-apa lagi yang dpt ku dgr dari mulutnya.
celotehnya,bicaranya,gurauannya--
sudah hilang.
tuhan yang tahu perasaan hati ini.
dan aku,
sebagai sorang anak yang tidak pernah bersyukur dan menghargai--
menyesal tidak sudah.
berharap dia ada--
disini--
saat ini.
aku rindu.
rindu yang tidak akan hilang.